Bolehkah Mommy Makan Durian Semasa Hamil?

Bolehkah Mommy Makan Durian Semasa Hamil?

Jawapannya boleh, tapi kena berpada-pada ya mommy. Durian memang sedap dan digelar raja buah. Tapi pada masa yang sama, durian juga mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Untuk gambaran ringkas, dua ulas durian bersaiz sederhana boleh mengandungi sekitar 60 kalori, dan durian tergolong dalam makanan indeks glisemik tinggi.

Sebab itu, mommy hamil disarankan untuk mengawal kuantiti pengambilan durian, bukannya makan berlebihan.


Manakala bagi mommy yang menghidap diabetes gestasi, sebaiknya elakkan dahulu durian, kerana kandungan gulanya boleh menyebabkan paras gula dalam darah naik dengan cepat.

Risiko Jika Mommy Makan Durian Berlebihan Semasa Hamil

1. Paras gula dalam darah boleh meningkat

Walaupun rasa durian tidak terlalu manis, kandungan gulanya sebenarnya agak tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Obstetrics and Gynaecology, pengambilan makanan dan minuman tinggi gula semasa hamil boleh meningkatkan risiko bayi lahir terlalu besar dan berat.

Dalam jangka panjang, ia juga dikaitkan dengan risiko obesiti ketika kanak-kanak. Jika mommy mempunyai diabetes gestasi atau ada sejarah diabetes dalam keluarga, sebaiknya hadkan atau elakkan pengambilan durian buat sementara waktu.

2. Risiko berat badan berlebihan / obesiti

Durian mengandungi kalori dan karbohidrat yang tinggi. Secara purata, sebiji durian boleh mengandungi sekitar 54 hingga 60 kalori. Jika diambil terlalu kerap atau dalam kuantiti banyak, ia boleh menyumbang kepada lebihan kalori, terutamanya bagi mommy yang sudah mempunyai masalah berat badan.

Berat badan berlebihan semasa hamil boleh meningkatkan risiko seperti:

  • diabetes gestasi

  • pre-eklampsia

  • kelahiran pramatang

  • jangkitan saluran kencing

Dalam beberapa kes, berat badan yang berlebihan juga boleh menyukarkan proses suntikan epidural semasa bersalin. Jadi, penting untuk mommy ambil durian secara sederhana dan berfikir tentang kuantiti, bukan sekadar ikut craving.

Mitos Tentang Durian & Kehamilan

Ramai mommy mungkin pernah dengar pelbagai mitos tentang durian semasa hamil. Namun kebanyakannya hanyalah kepercayaan turun-temurun dan tidak disokong oleh bukti saintifik.

❌ Mitos 1: Janin akan “kepanasan”

Ada kepercayaan yang mengatakan durian menyebabkan badan menjadi panas sehingga memberi kesan kepada janin. Kepercayaan ini berasal daripada budaya Tionghoa yang tersebar di Asia Tenggara.

Namun sehingga kini, tiada bukti perubatan atau kajian ilmiah yang menunjukkan durian boleh menyebabkan “kepanasan janin” atau komplikasi kehamilan.

❌ Mitos 2: Durian tinggi kolesterol

Durian sering disalah anggap sebagai buah yang tinggi kolesterol dan boleh meningkatkan tekanan darah. Sebenarnya, durian langsung tidak mengandungi kolesterol.

Kolesterol biasanya datang daripada makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging merah, produk tenusu dan makanan laut. Sebaliknya, durian mengandungi lemak tak tepu, yang sebenarnya baik untuk membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam badan.

Jadi, mommy yang mempunyai kolesterol tinggi tak perlu terlalu risau untuk makan durian, asalkan tidak berlebihan.

Manfaat Durian Jika Diambil Secara Sederhana

Jika diambil dalam kuantiti terkawal, durian sebenarnya ada beberapa manfaat untuk mommy hamil

Durian kaya dengan kalium, yang membantu:

  • mengimbangi tekanan darah

  • mengawal paras cecair dalam badan

  • mengurangkan bengkak yang biasa berlaku semasa kehamilan

Selain itu, durian juga mengandungi organo-sulfur dan tryptophan yang boleh membantu tubuh melawan jangkitan bakteria dan kulat.

Dapatkan produk berpantang untuk mommy dan penjagaan baby selepas lahir di website rasmi Tungbayee. Mudah, selamat & sesuai untuk mommy moden