Menopaus adalah fasa normal dalam kehidupan setiap wanita. Satu masa nanti, semua wanita akan melaluinya.
Tapi persoalan yang selalu timbul… masih boleh ke hamil bila dah menopaus?
Apa Itu Menopaus?
Secara mudahnya, menopaus adalah bila haid berhenti sepenuhnya.
Ia biasanya melalui 3 fasa:
- Perimenopaus (fasa peralihan sebelum haid berhenti)
- Menopaus
- Postmenopaus (selepas haid berhenti sepenuhnya)
Sepanjang tempoh ni, badan akan mula berubah dan kadang-kadang perubahan tu buat kita rasa pelik atau risau.
Perubahan Yang Mommies Mungkin Perasan
1. Perubahan Haid
Haid mungkin jadi:
- Tak teratur
- Lebih panjang atau pendek
- Darah lebih banyak atau sikit
Semua ni normal, tapi kalau ada tanda macam ni, better check doktor:
- Pendarahan terlalu banyak
- Ada tompok darah luar biasa
- Haid lebih seminggu
- Dah setahun tak datang haid, tiba-tiba datang balik
2. Rasa Panas Badan (Hot Flush)
Ini antara simptom paling common. Tiba-tiba rasa:
- Panas dari dada naik ke muka
- Muka & leher membahang
- Berpeluh banyak (kadang sampai terjaga malam)
Tempoh boleh jadi:
👉 30 saat sampai 10 minit
👉 Ada yang mild, ada yang agak kuat
Jadi… Boleh Ke Hamil Selepas Menopaus?
👉 Jawapan ringkas: Tak boleh.
Bila dah masuk fasa postmenopaus, ovari dah tak keluarkan telur. Maknanya:
- Tiada ovulasi
- Tiada persenyawaan
- Tiada kehamilan
Tapi… Kalau Masih Di Fasa Awal?
Kalau masih dalam perimenopaus, jawapannya 👉 MASIH BOLEH hamil.
Sebab:
- Ovari masih ada baki telur
- Ovulasi masih boleh berlaku (walaupun tak konsisten)
Cuma… kehamilan waktu ni ada cabaran.
Risiko Hamil Semasa Perimenopaus
Kehamilan pada usia ini lebih berisiko, antaranya:
- Keguguran
- Kecacatan bayi
- Kelahiran pramatang
Untuk ibu pula:
- Risiko darah tinggi
- Diabetes gestasi
- Masalah jantung
- Kehamilan luar rahim (ektopik)
Dan kebiasaannya, peluang bersalin secara pembedahan (C-section) lebih tinggi, especially umur 40 ke atas.
Setiap fasa badan wanita ada perjalanan dia sendiri.
Kalau masih merancang untuk hamil, lebih baik rancang awal sebelum masuk fasa menopaus.
Dan kalau dah berada dalam fasa ni, fokuslah pada kesihatan, keselesaan & keseimbangan diri ✨
Kalau mommies nak jaga badan lebih selesa sepanjang perubahan hormon ni, boleh explore produk self-care di www.tungbayee.com