Ini 5 Cara Supaya Mommy Tak ‘Burnout’ Hari Raya 💚
Jujur sikit… Pagi raya dengan baby ni bukan macam dalam gambar Instagram.
Realitinya:
– Baby bangun awal.
– Mommy tak cukup tidur.
– Baju raya baru gosok pukul 6 pagi.
– Suami tanya, “Baby dah siap ke?” 😅
Kalau Mommy tengah menyusu atau masih berpantang, memang rasa lain macam. Jadi jom kita sembang santai, supaya raya kali ni tak jadi hari paling penat dalam setahun.
1️⃣ Kalau Tak Dapat Solat, Jangan Rasa “Kurang”
Kalau Mommy masih nifas dan tak dapat solat sunat Aidilfitri, please jangan rasa sedih sangat. Ambil peranan jaga baby sementara suami atau family lain pergi masjid. Itu pun satu bentuk pengorbanan. Kadang-kadang duduk rumah pagi raya sambil dukung baby yang baru bangun tidur, bau susu, bau minyak baby… moment tu sebenarnya lagi priceless.
2️⃣ Bergambar AWAL. Serius.
Ini tip paling penting. Ambil gambar family pukul 8–9 pagi. Ini disebabkan :
✔️ Baby masih fresh.
✔️ Baju belum kena muntah susu.
✔️ Mommy belum berpeluh lari sana sini.
Jangan tunggu tengah hari. Biasanya waktu tu baby dah penat, orang dah ramai, suara dah bising… terus semua orang moody. Gambar awal = kurang drama.
3️⃣ Makan Raya? Slow-Slow Mommy…
Rendang pedas, lodeh, sambal goreng… memang menggoda. Tapi kalau Mommy menyusu atau masih dalam tempoh berpantang, perut boleh jadi sensitif.
Kadang Mommy okay, tapi baby pula kembung atau meragam malam tu. Tak payah makan banyak sekali gus. Ambil sikit dulu. Tengok badan Mommy macam mana react.
Kalau baby nampak tak selesa sebab angin, sapu lembut minyak bayi Cloveywub Tungbayee di perut dan tapak kaki. Urut slow-slow. Kadang baby cuma perlukan sentuhan tenang Mommy je.
4️⃣ Wajib Ada “Safe Space”
Sebelum pergi rumah saudara, try tanya dulu:
“Nanti ada bilik kosong tak? Nak menyusu kejap.”
Baby cepat overstimulated waktu raya sebab ramai orang dukung, nak cium dan nak main. Lepas 2–3 jam, baby boleh jadi cranky tanpa sebab.
Bila ada satu ruang sunyi untuk menyusu atau tukar lampin, Mommy pun boleh tarik nafas kejap. 10 minit rehat tu sangat bermakna.
5️⃣ Tak Perlu Jadi Supermom Hari Pertama
Ini paling penting. Mommy tak perlu bahawa:
❌ Pergi semua rumah.
❌ Layan semua open house.
❌ Nampak “perfect” depan semua orang.
Kalau penat, balik. Kalau baby tak selesa, balik.
Raya bukan tentang impress orang. Raya tentang keluarga dan ketenangan. Baby tenang = Mommy tenang.
Raya Dengan Baby Memang Lain…
Memang ada penatnya. Memang ada drama kecil. Tapi percayalah… Suatu hari nanti Mommy akan rindu moment dukung baby dengan baju raya kecil tu, lap muntah susu sambil gelak dan dergambar walaupun rambut tak jadi.
Kita doa sama-sama raya kali ni penuh sabar, lembut dan bahagia.
Daripada keluarga Tungbayee, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Mommy tak keseorangan. 💚