Ramadan datang lagi. Bulan yang penuh rahmat, penuh sabar, penuh doa.
Bila dah ada anak, lebih-lebih lagi kalau masih menyusu, bulan Ramadan memang rasa lain. Kita bukan fikir diri sendiri saja, tapi fikir tenaga, susu, emosi dan rutin si kecil juga.
Berpuasa tetap indah, cuma perlukan sedikit perancangan supaya ibu dan bayi sama-sama okay.
Macam Mana Nak Teruskan Penyusuan Semasa Puasa?
Waktu makan berubah, tenaga pun rasa lain. Tapi jangan risau. Dengan pemakanan dan rehat yang betul, penyusuan masih boleh diteruskan dengan baik.
💧 1. Minum Air Secukupnya
Sepanjang berpuasa, badan kehilangan cecair. Jadi masa sahur dan berbuka, utamakan air kosong.
Elakkan terlalu banyak minuman manis atau berkafein. Air cukup bantu elak pening, letih melampau dan bantu penghasilan susu kekal stabil.
Tip mudah:
Minum sikit-sikit tapi kerap antara berbuka sampai sahur.
🍽 2. Makan Sahur yang Seimbang
Sahur bukan sekadar alas perut. Ia “fuel” untuk satu hari.
-
Protein : Ayam, daging, telur, ikan, kekacang. Bantu tahan lapar lebih lama.
-
Karbohidrat kompleks : Nasi, roti gandum, oat. Beri tenaga berpanjangan.
-
Vitamin & serat : Buah segar, sayur.
-
Kalsium : Susu atau produk tenusu.
-
Kurma : 3–4 biji sudah cukup untuk bantu stabilkan gula dalam darah.
Jangan skip sahur walaupun rasa mengantuk yaa mommies.
🧘♀️ 3. Jangan Terlalu Stress
Ramai mommies risau susu akan kurang bila puasa. Hakikatnya, kebanyakan mommies masih boleh hasilkan susu seperti biasa.
Yang lebih beri kesan sebenarnya ialah:
-
Kurang rehat
-
Tekanan perasaan
-
Terlalu penat
Tambah sesi penyusuan waktu malam kalau perlu.
Kalau bekerja, teruskan mengepam seperti biasa.
Dan paling penting adakah yakin dengan tubuh sendiri. Badan mommy sangat hebat sebenarnya.
Peringkat Penyediaan Sebelum Ramadan
Ramadan akan jadi lebih tenang kalau kita bersedia awal.
✔️ Sediakan kurma siap-siap untuk berbuka
✔️ Susun jadual harian ikut waktu solat
✔️ Selesaikan tugasan penting sebelum Ramadan
✔️ Kurangkan perkara yang tak perlu
✔️ Tetapkan azam kecil yang realistik
Ramadan bukan tentang jadi sempurna. Tapi tentang jadi lebih baik sedikit demi sedikit.
👨👩👧👦 Ramadan Lebih Indah Bersama Keluarga
Kalau ada anak yang dah mula belajar berpuasa, bantu mereka faham maksud sebenar Ramadan.
Ajar dengan lembut:
-
Jaga percakapan
-
Solat tepat waktu
-
Ringan tangan membantu
-
Sayang dan hormat orang lain
Ramadan pertama memang mencabar untuk anak kecil. Jadi jangan paksa terlalu keras atau kasar. Pastikan mereka cukup tidur dan jadikan hari mereka menyeronokkan dengan aktiviti ringan, solat berjemaah atau buat kebaikan bersama.
Ramadan adalah perjalanan rohani dan bila kita seorang ibu, perjalanan itu jadi lebih bermakna. Jaga diri, jaga emosi, jaga tenaga. Bila mommy sihat dan tenang, anak kecil pun akan rasa ketenangan yang sama.
Jaga Pemulihan Ibu, Jaga Keselesaan Anak
Dalam kesibukan Ramadan, jangan lupa tubuh ibu masih perlukan penjagaan, lebih-lebih lagi jika masih dalam fasa berpantang atau baru beberapa bulan bersalin.
Penjagaan yang konsisten membantu ibu kekal selesa, kurang lenguh dan lebih bertenaga untuk menguruskan keluarga sepanjang bulan puasa.
Untuk mommies yang mencari produk berpantang moden, selesa dan mudah digunakan, serta penjagaan untuk anak kecil, boleh lihat koleksi lengkap di website rasmi Tungbayee.
Semua direka untuk bantu ibu rasa lebih yakin, lebih selesa dan lebih tenang dalam perjalanan sebagai seorang mama.
Semoga Ramadan kali ini lebih lembut, lebih bermakna dan penuh keberkatan untuk keluarga anda.