Tempoh Pantang Selepas Bersalin: 40 Hari atau 44 Hari?

Tempoh Pantang Selepas Bersalin: 40 Hari atau 44 Hari?

Ramai mommies tertanya-tanya… sebenarnya tempoh berpantang selepas bersalin 40 hari atau 44 hari?

Ada yang ikut 40 hari, ada juga yang amalkan 44 hari. Jadi yang mana satu betul?

Kenapa Perlu Berpantang Selepas Bersalin?

Berpantang bukan sekadar “tradisi”, tapi lebih kepada proses pemulihan badan mommies selepas bersalin.

Antara tujuan utama berpantang:

  • Membantu keluarkan angin dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menguatkan sendi dan otot
  • Membantu rahim kembali ke keadaan asal
  • Merangsang penghasilan susu ibu

Dalam masa yang sama, ini juga tempoh untuk mommies & pasangan adapt dengan rutin baru bersama bayi 

Jujurnya, fasa ni memang mencabar… emosi mudah berubah, cepat penat, kadang rasa overwhelmed, sebab tu rehat sangat penting.

1. Mengeratkan Hubungan Mommies & Bayi

Selepas 9 bulan mengandung, inilah masa untuk mommies benar-benar fokus pada si manja.

Mommies boleh:

  • Susukan bayi dengan lebih tenang
  • Faham rutin tidur & tangisan bayi
  • Build bonding yang kuat sejak awal

2. Elakkan Komplikasi Selepas Bersalin

Sebab itu ramai mommies sanggup invest untuk:

  • Confinement lady (CL)
  • Confinement centre
  • Produk penjagaan berpantang

Semua ni untuk bantu mommies:

  • Kurangkan sakit badan
  • Cepat recover
  • Rasa lebih selesa sepanjang pantang

Berapa Lama Tempoh Berpantang Sebenarnya?

Jawapan jujur.. TIADA tempoh “wajib” secara saintifik.

Tapi secara amalan:

  • Minimum: 40 hari
  • Kebiasaan: 44 hari
  • Ada juga yang sambung hingga 100 hari untuk recovery penuh

Paling penting bukan berapa lama… tapi macam mana mommies jaga diri sepanjang tempoh tu.

6 Penjagaan Diri Semasa Berpantang

1. Berehat Secukupnya

Badan mommies perlukan masa untuk sembuh, especially kalau bersalin secara czer.
Jangan paksa diri terlalu aktif.

2. Amalkan Pemakanan Seimbang

Makanan berpantang yang baik perlu ada:

  • Protein
  • Zat besi
  • Serat
  • Kalsium
  • Vitamin C

Minuman yang bantu:

  • Air suam
  • Air barli
  • Teh halia / serai

3. Elakkan Makanan Tertentu

Untuk elak ketidakselesaan:

  • Makanan berangin – boleh sebabkan kembung
  • Makanan sejuk – dipercayai lambatkan pemulihan
  • Makanan pedas – boleh ganggu mommies & bayi menyusu

4. Dapatkan Sokongan

Tak perlu jadi “supermom”, Mommies boleh minta bantuan suami, keluarga atau kawan bila perlu.

5. Lakukan Senaman Ringan

Contoh:

  • Senaman pelvis
  • Pergerakan ringan

⚠️ Untuk mommies czer, pastikan rujuk doktor dulu ya.

6. Hadkan Kunjungan Tetamu

Tak salah kalau nak rehat. Mommies berhak pilih bila nak jumpa orang, mental health pun penting.

Jangan Lupa Check-Up Doktor

Pastikan mommies jalani pemeriksaan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin untuk pastikan recovery berjalan dengan baik.

Kesimpulan

Tak kisah 40 hari atau 44 hari… yang penting, mommies jaga diri dengan betul dan cukup rehat.

Tahniah mommies atas kelahiran si kecil. Fasa berpantang ni memang mencabar, tapi percayalah… setiap hari tu adalah proses healing untuk badan & emosi.

Kalau ada sebarang keraguan, jangan segan untuk rujuk doktor yaaa...

Kalau mommies sedang mencari produk berpantang yang praktikal dan mudah digunakan, boleh singgah ke www.tungbayee.com. Tungbayee menawarkan pelbagai keperluan untuk mommies & baby sepanjang tempoh berpantang.