Anemia Selepas Bersalin: Kenapa Ramai Mommies Alami & Cara Pulih Dengan Lebih Selamat di Rumah

Anemia Selepas Bersalin: Kenapa Ramai Mommies Alami & Cara Pulih Dengan Lebih Selamat di Rumah

Lepas melahirkan, badan mommies sebenarnya tengah bekerja lebih keras daripada apa yang kita nampak. Kehilangan darah masa bersalin, proses hormon nak stabil balik, badan yang masih lemah. Semua ni boleh buat ramai mommies alami anemia selepas bersalin tanpa sedar.

Ramai ingat “alahhh, penat biasa berpantang…” tapi bila penat tak hilang-hilang, muka makin pucat, jantung rasa laju… itu sebenarnya tanda awal anemia yang tak boleh dibiarkan.


Kenapa Mommies Mudah Kena Anemia Semasa Pantang?

1. Kehilangan darah masa bersalin
Mommies boleh hilang 500–1000 ml darah waktu melahirkan. Bila badan belum sempat ganti balik darah yang hilang, anemia memang mudah berlaku.

2. Pantang makan terlalu ketat
Ada mommies sampai takut nak makan macam-macam. Bila sumber zat besi, protein dan vitamin kurang, badan perlahan nak bina darah merah baru.

3. Kekurangan zat besi & vitamin B12
Kedua-dua nutrien ni adalah “bahan asas” untuk hemoglobin. Bila kurang, badan struggle nak hasilkan sel darah merah yang cukup.


Tanda-Tanda Anemia Selepas Bersalin Yang Mommies Perlu Alert

  • Rasa letih walaupun baru bangun tidur
  • Muka & bibir nampak pucat
  • Jantung laju atau berdebar
  • Pening, sakit kepala atau rasa nak pitam
  • Nafas pendek
  • Luka bersalin lambat sembuh

Kalau semua ni jadi lebih dari seminggu, lebih baik buat pemeriksaan darah. Bukan sebab nak takutkan, tapi supaya mommies boleh pulih dengan betul.


Cara Atasi Anemia Selepas Bersalin Secara Semula Jadi (Tanpa Stres)

🌿 1. Makan makanan tinggi zat besi
Daging merah, hati ayam, bayam, brokoli, oat, barli, chia seeds, biji labu. Semua ni bantu tubuh hasilkan darah baru dengan cepat.

🍊 2. Ambil vitamin C selepas makan
Vitamin C bantu tubuh serap zat besi lebih baik. Mommies boleh ambil jus oren, buah jambu atau kiwi.

😴 3. Rehat yang cukup
Tidur sekejap setiap kali bayi tidur pun dah cukup bantu badan recover.

🌼 4. Urutan & tungku herba
Tungku Herba Tungbayee bantu lancarkan peredaran darah, kurangkan lenguh dan aktifkan semula tenaga dalaman. Bila darah lancar, badan pulih lebih cepat.

🛁 5. Mandian herba untuk hangatkan badan & tenaga
Campuran serai wangi, halia, pandan. Bukan saja wangi, tapi bantu panaskan tubuh dan stabilkan peredaran darah lepas bersalin.



Anemia bukan sekadar “penat biasa.” Ia tanda badan mommies perlukan lebih perhatian, nutrisi dan kasih sayang.

Dengan rutin pantang yang betul, pemakanan seimbang dan produk penjagaan semula jadi seperti Tungku Herba, Mandian Herba dan Minyak Urut Tungbayee, insya-Allah mommies boleh pulih dengan lebih yakin, selesa dan tenang.

Di Tungbayee, kami percaya setiap mommies berhak rasa cantik, bertenaga dan bahagia sepanjang berpantang.

Follow Instagram Tungbayee dan TikTok Tungbayee untuk lebih banyak tip, panduan berpantang moden dan inspirasi penjagaan diri harian.