Apa Itu Uri Bayi & Cara Urusnya Mengikut Islam

Apa Itu Uri Bayi & Cara Urusnya Mengikut Islam

Bila bayi selamat dilahirkan, ada satu amanah penting yang selalu buat ayah-ayah rasa berdebar iaitu urus uri bayi.

Dalam Islam, uri bayi perlu dibasuh dan ditanam dengan cara yang betul. Tapi realitinya, ramai yang pertama kali jadi ibu ayah tak pasti:

“Macam mana nak basuh?”
“Apa bahan nak guna?”
“Kalau salah buat macam mana?”

Jom kita faham satu-satu, ringkas dan jelas.

Apa sebenarnya uri bayi?

Sebelum cerita pasal cara basuh, penting untuk kita tahu apa itu uri.

Dalam istilah perubatan, uri dipanggil plasenta iaitu organ sementara yang wujud sepanjang kehamilan untuk menyokong kehidupan bayi dalam kandungan.

Plasenta ni:

  • Menghubungkan bayi dengan rahim ibu

  • Menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi

  • Menjadi laluan pembuangan sisa daripada badan bayi

Uri dan tali pusat ni ibarat “talian hayat” bayi sepanjang berada dalam rahim.

Biasanya:

  • Uri akan keluar sendiri selepas bayi lahir secara normal

  • Untuk kelahiran caesarean, doktor akan keluarkan uri semasa pembedahan

Berat uri boleh mencecah sekitar 0.5kg, dan ia keluar selepas bayi selamat dilahirkan.

Fungsi utama uri bayi (ringkas & penting)

Antara peranan besar uri sepanjang kehamilan:

  • Membekalkan oksigen & nutrien kepada bayi

  • Membantu keluarkan sisa dan karbon dioksida

  • Menghasilkan hormon penting untuk tumbesaran bayi

  • Memindahkan imuniti ibu kepada bayi

  • Melindungi bayi dalam rahim

Sebab itu, dalam Islam, uri perlu dilayan dengan penuh adab dan tanggungjawab.

Kenapa uri perlu dibasuh sebelum ditanam?

Tujuan utama basuh uri ialah untuk:

  • Hilangkan bau darah

  • Elakkan haiwan datang mengorek tempat tanam

Jika uri tidak dibasuh dengan betul, bau darah boleh menarik perhatian haiwan seperti kucing atau anjing.

Bahan asas untuk basuh uri bayi

Antara bahan yang biasanya diperlukan:

  • Uri bayi

  • Garam kasar

  • Asam jawa

  • Kain putih

Jika uri berbau kuat atau kelihatan agak lama:

  • Boleh tambah limau purut untuk bantu hilangkan bau

Semua ni perlu dibuat dengan tenang, bersih dan beradab.

Nak lebih mudah & tak stress?

Kalau ini kali pertama urus uri dan takut tersilap langkah, Tungbayee ada solusi yang sangat praktikal

Set Pengurusan Uri Tungbayee
✔️ Lengkap semua keperluan
✔️ Susunan mudah & kemas
✔️ Tutorial step-by-step disediakan
✔️ Sesuai untuk ayah & ibu yang pertama kali

Tak perlu panik, tak perlu google sana sini.
Ikut sahaja panduan yang diediakan, urusan jadi lebih yakin dan terjaga.

Urus uri dengan tenang, sebab ia adalah amanah pertama seorang ayah & ibu kepada bayi mereka.