Boleh Berpuasa Semasa Hamil? Boleh… Tapi Ibu Kena Peka 7 Tanda Bahaya Ini

Boleh Berpuasa Semasa Hamil? Boleh… Tapi Ibu Kena Peka 7 Tanda Bahaya Ini

Bila masuk je bulan Ramadan, mesti ramai mommies tertanya-tanya…

“Aku boleh puasa tak ya kali ni?”

Rasa nak rebut pahala tu memang ada. Tapi dalam masa yang sama, dalam perut ada amanah kecil yang kita kena jaga. Jadi memang normal kalau rasa serba salah.

Sebenarnya boleh ke puasa masa hamil?

Jawapan dia tak sama untuk semua orang.

Setiap kehamilan berbeza. Ada mommy yang kuat, badan steady, baby aktif. Ada juga yang cepat letih, kerap loya atau ada risiko kesihatan tertentu.

Secara umum, kalau mommy dan baby dalam keadaan sihat, kehamilan berjalan lancar tanpa komplikasi, puasa biasanya dianggap selamat.

Tapi… tetap kena monitor badan sendiri.

Kajian tentang puasa semasa hamil pun ada yang berbeza-beza.

  • Ada kajian kata tiada kesan besar kepada bayi.

  • Ada juga yang dapati kemungkinan bayi lahir dengan berat sedikit rendah, terutamanya jika puasa pada trimester pertama (walaupun perbezaannya kecil).

  • Paras gula dalam darah ibu hamil yang berpuasa cenderung lebih rendah kerana badan perlu bekalkan glukos kepada bayi.

Sebab itu mommy yang hamil lebih mudah rasa letih, loya dan pening, terutamanya awal kehamilan.

Dan yang paling penting… kekurangan air (dehidrasi) semasa puasa boleh tingkatkan risiko darah beku dan jangkitan saluran kencing. Jadi isu air memang tak boleh main-main.

Biasanya doktor tak galakkan puasa pada 3 bulan pertama, lebih-lebih lagi kalau simptom teruk.

7 Tanda Bahaya Jika Mommy Puasa Ketika Hamil

Kalau mommy rasa sihat dan nak cuba berpuasa, boleh.

Tapi kalau ada tanda-tanda ni… please jangan paksa diri. Terus berbuka dan jumpa doktor ya.

1. Mabuk pagi yang terlalu teruk

Loya dan muntah tu biasa. Tapi kalau sampai tak ada tenaga langsung, lemah sangat. Itu tanda badan tak mampu. Jangan teruskan puasa.

2. Berat badan tak naik atau makin turun

Kalau dah trimester kedua atau ketiga tapi berat tak bertambah, atau makin berkurang, itu red flag. Baby perlukan nutrisi untuk membesar.

3. Kerap sangat dahaga & kencing warna gelap

Dahaga tu normal. Tapi kalau air kencing gelap, berbau kuat dan mommy rasa terlalu haus, itu tanda dehidrasi. Risiko jangkitan saluran kencing boleh berlaku.

4. Pening atau sakit kepala

Kalau rasa berpinar, lemah, atau sakit kepala kuat, mungkin sebab gula rendah atau kurang zat. Untuk ibu hamil, ini bukan perkara kecil.

5. Baby kurang bergerak

Kalau usia kandungan 28 minggu ke atas, mommy memang kena peka dengan pergerakan baby.

Rasa kurang aktif? Jangan tunggu. Berbuka dan terus buat pemeriksaan.

6. Dah dekat sangat dengan due date

Bila hampir waktu bersalin, badan perlukan tenaga penuh.
Kalau terlalu penat dan kurang tenaga, ia boleh ganggu persediaan fizikal untuk bersalin.

7. Rasa kontraksi

Dehidrasi boleh cetuskan kontraksi palsu.
Kalau sakit macam nak bersalin, jangan ambil ringan. Itu mungkin tanda kelahiran pramatang.

Jadi… Nak Puasa Atau Tidak?

Yang paling penting, JANGAN PAKSA DIRI.

Islam sendiri beri keringanan untuk ibu hamil. Kalau tak mampu, berbuka bukan bermaksud kurang iman. Ia tanda mommy jaga amanah dengan baik.

Kalau mommy nak cuba puasa:

  • Elakkan kerja berat

  • Kurangkan aktiviti luar waktu panas

  • Pastikan sahur cukup air dan nutrisi

  • Pantau pergerakan baby

Dan paling penting, berbincang dengan doktor yang tahu sejarah kesihatan mommy.

Ramadan bukan tentang memaksa diri. Ia tentang keseimbangan, antara ibadah dan menjaga diri.