Selamatkah Mommies Minum Kopi Semasa Hamil?

Selamatkah Mommies Minum Kopi Semasa Hamil?

Bila hamil, Mommies mesti perasan hampir semua benda yang kita makan dan minum jadi tanda tanya.
“Boleh ke ni?”
“Selamat tak untuk baby?”

Kopi antara yang paling kerap buat Mommies rasa serba salah. Ada yang terus berhenti minum, ada juga yang minum sikit-sikit tapi rasa bersalah. Sebenarnya, Mommies bukan tak boleh minum kopi langsung, cuma perlu kawal pengambilan kafein.

Ramai orang percaya wanita hamil tak boleh sentuh kopi langsung. Bunyi macam kejam sikit kan? Hakikatnya, kajian perubatan menyarankan supaya Mommies menghadkan jumlah kafein, bukannya berhenti sepenuhnya.

Apa kesan kafein kepada Mommies & baby?

Setakat hari ini, para penyelidik masih mengkaji kesan sebenar kafein terhadap Mommies dan bayi dalam kandungan. Namun, satu kajian penting mendapati bahawa Mommies yang mengambil lebih 300mg kafein sehari berisiko melahirkan bayi yang saiznya lebih kecil berbanding usia kandungan sepatutnya.

Selain itu, kafein juga boleh menyebabkan:

  • Susah tidur (insomnia)

  • Jantung berdebar

  • Rasa gelisah

  • Pedih ulu hati akibat pengeluaran asid perut

Semasa hamil, kesan ini boleh jadi lebih kuat dan cepat dirasai.

Kenapa kafein lebih beri kesan semasa hamil?

Bila kandungan makin membesar, badan Mommies ambil masa lebih lama untuk memproses dan menyingkirkan kafein daripada aliran darah.

  • Trimester kedua: badan ambil 2 kali lebih lama untuk hapuskan kafein

  • Trimester ketiga: ambil 3 kali lebih lama berbanding ketika tidak hamil

Ini bermakna kafein akan berada lebih lama dalam badan — dan baby juga boleh terkesan.

Kafein & penyerapan zat besi

Satu lagi sebab kenapa Mommies perlu kawal pengambilan kafein ialah kerana ia boleh mengganggu penyerapan zat besi. Zat besi sangat penting semasa hamil untuk elakkan anemia dan menyokong perkembangan baby.

Tip mudah:
Kalau Mommies nak minum kopi atau teh, ambil di antara waktu makan, bukan sejurus selepas makan, supaya kesannya pada penyerapan zat besi lebih minimum.

Apa saja yang mengandungi kafein?

Selain kopi, kafein juga boleh datang daripada:

  • Teh

  • Minuman ringan

  • Minuman tenaga

  • Coklat

  • Aiskrim perisa kopi

  • Sesetengah ubat tanpa preskripsi (over-the-counter)

Kadang-kadang kita tak sedar pun kafein datang daripada sumber-sumber ni.