Susah Tidur Lena Semasa Hamil? Ini Yang Mommy Perlu Tahu

Susah Tidur Lena Semasa Hamil? Ini Yang Mommy Perlu Tahu

Susah tidur masa hamil ni sebenarnya perkara biasa, especially bila masuk trimester ketiga. Perut makin membesar, badan cepat lenguh, nak pusing kiri kanan pun rasa tak selesa. Ada mommy yang okey je masa trimester awal, tapi mula struggle bila kandungan makin besar.

Walaupun nampak macam benda kecil, masalah tidur tak boleh dipandang ringan. Kurang tidur bukan saja bagi kesan pada mommy, tapi juga pada baby dalam kandungan. Mommy yang hamil yang tak cukup rehat berisiko alami komplikasi seperti tekanan darah tinggi (preeklampsia) dan kelahiran pramatang. Jadi, kalau tidur makin terganggu, jangan biarkan ya.

Kenapa Ibu Hamil Susah Tidur Lena?

Antara sebab biasa yang mommy alami, terutamanya trimester ketiga:

1. Kerap ke tandas
Bila baby makin besar, tekanan pada pundi kencing pun bertambah. Sebab tu mommy kerap terjaga malam semata-mata nak buang air kecil.

2. Nafas rasa pendek
Perubahan hormon dan rahim yang semakin membesar buat ruang pernafasan jadi sempit. Ini boleh buat mommy rasa cepat penat dan tak selesa nak tidur.

3. Badan lenguh & kejang kaki
Berat badan bertambah, otot bekerja lebih kuat. Tak hairan kalau sakit belakang, lenguh pinggang atau kejang kaki datang waktu malam.

4. Pedih ulu hati
Asid perut mudah naik semula ke esofagus masa hamil, especially bila baring. Ini antara punca utama tidur jadi tak lena.


Tip Mudah Untuk Tidur Lebih Lena Semasa Hamil

Kalau mommy selalu terjaga malam, boleh cuba beberapa tips ni:

  • Cuba tidur pada waktu yang sama setiap malam supaya badan biasa dengan rutin.

  • Cari posisi tidur paling selesa, biasanya mengiring ke kiri.

  • Gunakan bantal ekstra di belakang badan atau di antara kaki untuk sokongan.

  • Buat aktiviti ringan atau senaman ringkas waktu siang.

  • Hadkan tidur siang, jangan terlalu lama sampai ganggu tidur malam.

  • Mandi air suam sebelum tidur untuk tenangkan badan.

  • Elakkan makan berat 2–3 jam sebelum tidur.

  • Letakkan tidur sebagai keutamaan, jangan kompromi.

  • Boleh cuba segelas susu suam sebelum tidur untuk bantu rasa lebih relaks.

    Kalau mommy rasa badan cepat penat, emosi pun mudah terganggu, itu mungkin tanda tubuh perlukan rehat yang cukup. Jaga tidur, jaga diri sebab mommy yang sihat & cukup rehat adalah hadiah terbaik untuk baby.