Cara Hilangkan Bentan Dalam Tempoh Berpantang Mommies Lepas Bersalin

Cara Hilangkan Bentan Dalam Tempoh Berpantang Mommies Lepas Bersalin

Lepas bersalin, ramai mommies anggap badan lenguh, sejuk, perut kembung atau cepat penat tu perkara biasa. Tapi sebenarnya, itu boleh jadi tanda badan sedang alami bentan.

Tempoh pantang bukan sekadar berehat. Ia fasa penting untuk pulihkan badan dari dalam iaitu rahim, tenaga dan emosi.

Kalau bentan tak dijaga awal, mommies boleh rasa tak selesa berpanjangan, emosi tak stabil dan badan susah nak pulih sepenuhnya.

Apa Itu Bentan?

Bentan berlaku bila angin dan sejuk masuk ke dalam badan ketika tubuh masih lemah selepas bersalin.

Waktu ni, liang badan masih terbuka dan haba dalaman belum stabil. Sebab tu mommies berpantang perlu jaga kehangatan badan, bukan sekadar ikut hari.

Tanda-Tanda Bentan Yang Selalu Abaikan

  • Badan rasa berat & cepat penat
  • Rasa sejuk sampai ke tulang
  • Sakit pinggang, sendi & belakang
  • Perut kembung, susah buang angin
  • Emosi mudah penat & tak stabil

Kalau mommies alami beberapa tanda ni, jangan tunggu lama.

Cara Hilangkan Bentan Dalam Pantang (Ringkas & Praktikal)

🌿 Bertungku

Haba bantu keluarkan angin, lancarkan darah dan buat badan rasa ringan.
Ramai mommies pilih Tungku Herba Ibu Tungbayee sebab senang guna sendiri di rumah.

🌿 Mandian Herba

Air suam + dengan Mandian Herba Harum Bidadari Tungbayee bantu tutup liang badan dan kurangkan rasa sejuk. Sesuai diamalkan bila badan rasa lesu atau menggigil. 

🌿 Pakai Bengkung

Dengan menggunakan Bengkung Berzip Senang Tungbayee, bantu kekalkan haba pada perut dan sokong postur badan. Digabungkan dengan bertungku, kesannya lebih terasa.

🌿 Jaga Pemakanan

Elakkan air ais & makanan sejuk. Pilih makanan panas seperti sup herba, halia dan air suam.

Jangan Tunggu Bentan Jadi Lama

Ada mommies baru rasa bentan lepas habis pantang sebab badan sebenarnya belum pulih sepenuhnya.

Mommies... dengarkan badan sendiri. Jaga dari awal supaya pantang jadi lebih selesa dan tenang. Bila mommies rasa sihat dan ringan, emosi pun lebih stabil dan itu hadiah paling besar untuk diri sendiri, insya-Allah.